ZAMANI SLAM DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

756 views

Zamani-Slam-Dibebaskan--1024x623

 

 ZAMANI SLAM DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS  | Reman penyanyi Zamani Slam yang ditahan berkaitan kes dadah minggu ini tidak disambung dan beliau sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saat ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan memberitahu Zamani dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai pada kira-kira jam 9.45 pagi di Balai Polis Hulu Kelang, lapor BH Online.

komen shah slam tentang isu zamani.jumat semalam.

Zamani Slam juga turut mendapat perhatian rakan karibnya yang juga anggota kumpulan berkenaan, iaitu Shah Slam.Shah atau nama sebenarnya, Shah Nizam Abdul Halim menerusi Facebooknya pada Jumaat mendedahkan kebaikan rakannya itu yang tidak pernah diketahui orang ramai.

shah-600x360

Menurutnya, orang ramai mungkin sudah mengetahui keburukan Zamani, termasuk pembabitannya dalam penyalahgunaan dadah, namun tidak semua yang tahu mengenai kebaikan penyanyi itu.
“Banyak yang saya belajar daripada sikapnya, dan untuk pengajaran kita bersama di hari Jumaat yang mulia ini, ingin saya kongsikan salah satu sikapnya.
“Dia punya adat dan sikap menghormati orang lain yang sangat tinggi dan sangat berhati-hati, bila berbicara mengenai seseorang, takut-takut tersalah kata, walaupun di belakang orang itu,” katanya.

Dalam pada itu, Shah turut kesal dengan penyebaran video Zamani, ketika berada dalam tahanan polis dengan tangannya masih bergari.Jelas Shah, manusia sering membuat kesilapan, termasuk kesalahan berat yang terpaksa ditanggung bertahun-tahun.Namun, ada kesilapan yang diketahui orang, ada pula tidak, maka setiap insan sebaik-baiknya menyimpan aibnya itu.

“Bantu dia untuk bangkit kembali seperti keadaannya dulu dan tak perlu sebar gambar, video atau berita apa-apa pun, kerana kita tidak dikurniakan hak atau menghalalkan untuk menyebarkan aibnya.“Sebab dia tidak pernah menganiaya kita, apalagi keluarga kita,” ujar Shah.

Sementara itu, komposer Saari Amri dalam status di laman sosial, dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

 

 

Tags: #POLIS JAMIN ZAMANI SLAM #shah slam #zamani bebas #zamani dibebaskan #ZAMANI SLAM