Zain Saidin Akui Selesa Tayang Badan

1010 views

ZAIN SAIDIN

Zain Saidin Akui Selesa Tayang Badan –  Buat anda yang mengikuti perkembangan Zain Saidin di akaun sosial Instagram beliau, pasti ada ternampak kemaskini beliau sejak akhir akhir ini yang sering menunjukkan badan sasa lebih lebih ketika berada di gimnasium melakukan senaman.

Ada yang cemburu dengan badan sasa suami kepada Rozita Che Wan dan tidak kurang juga yang menyelar tindakan beliau yang dikatakan tidak sensitif dengan aurat sebagai seorang Muslim dan lebih lebih lagi kini bergelar bapa.

Bercakap kepada Berita Harian, Zain Saidin berkata beliau mendapat motivasi untuk mengecapi badan yang tegap dan sasa kerana isterinya sebelum ini pernah bising serta menegur dirinya yang semakin berisi. Mahu puaskan kehendak isteri rupanya.

“Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi”

“Setakat ini hendak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran,” ujarnya kepada Berita Harian.

Zain Saidin turut menambah yang beliau akan fokus untuk mengadakan kelas kecergasan seperti dilakukan rakan selebriti lain sebagai jaminan masa hadapan. (rtky/m)