“Ya Allah, apalah salah anak aku sampai didera teruk macam ini sekali,”

“Ya Allah, apalah salah anak aku sampai didera teruk macam ini sekali,” demikian kata si ibu yang hancur luluh hatinya melihat anak perempuan lebam teruk di mata.

Ibu kepada Nurul Eazzah, Aisyah Haris berkata, dia terkejut melihat keadaan anaknya yang cedera teruk di bahagian mata akibat dipukul oleh isteri kepada bekas suaminya dalam kejadian malam Ahad lalu.

Menurut Aisyah, anak keduanya itu dipukul dengan batang penyapu. Namun tidak didedahkan punca mangsa diperlakukan dengan kejam seperti itu.

“Amanah yang saya bagi, racun yang dibalas. Saya takkan maafkan pelakunya. Pergilah ke mana sekali pun, saya tetap takkan lupakan apa yang dia telah buat pada anak saya,” katanya. Ekoran kejadian itu, Aisyah membuat laporan polis. Bagaimanapun, ibu tiri anaknya itu telah melarikan diri ke kampung kerana bimbang ditahan polis.

Mangsa telah dibawa ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – The Reporter

Tags: #dera anak #Ibu’ #Tiri