Xiaomi YiCamera Mula Diperkenalkan

1386 views

yi camera

Xiaomi YiCamera Mula Diperkenalkan | Xiaomi juga  kini telah melancarkan Yi Camera yang merupakan sebuah kamera aksi dan uniknya ia versaiz sebesar kotak mancis dan berat 72 gram.

Yi Camera ini hadir dengan lensa rakaman luas yang meliputi 155-darjah bagi memudahkan  untuk merakam gambar panorama.

Ia juga menggunakan sensor dari Sony dan membolehkan ia merakan video 1080p pada kadar 60fps dan gambar pada kadar 7 rakaman sesaat.

Selain itu, Yi Camera juga mempunyai sokongan kalis air (melalui penggunaan aksesori khusus) yang membolehkan ia digunakan pada kedalaman sehingga 40 meter. Bagi rakaman pula, ia menggunakan sensor 16-megapixel Sony Exmor R BSI CMOS.

Ia juga memiliki sokongan Bluetooth dan WiFi agar memudahka anda membuat pemindahan gambar dan penyuntingan. Harga jualan pula dijangka sekitar kurang RM300.

Sumber- http://akushafuan.blogspot.com/

 

Tags: #ciri-ciri xiaomi yi camera #harga yi camera #Xiaomi #xiaomi yicamera #yi camera