Xiaomi Hadir Televisyen Pintar Mi TV 2

1711 views

xiaomi-mi-tv-2-

Xiaomi kini hadir dengan televisyen baru mereka yang merupakan televisyen pintar iaitu Mi TV 2. Mi TV2 berasaskan Android 4.4 dan dilengkapi antaramuka MIUI.

Ia juga hadir dengan saiz 40 inci beserta panel Sharp SDP X-Gen dengan paparan HD penuh. Turut dilengkapi dengan cip pemprosesan MStar 6A908 Cortex-A9 empat-teras, Mali 450 MP4 GPU, dan memori 1.5GB DDR3.

Selain itu ia dilengkapi dengan storan 8GB dan mempunyai  sokongan audio Dolby MS12.

Ia dijual dengan harga sekitar RM1200 dan buat masa sekarang ia hanya dijual di pasaran China sahaja.

Tags: #televisyen pintar xiaomi #Xiaomi #xiaomi mi tv2