Warga Malaysia Meninggal Di Hadapan Maqam Rasulullah

1975 views

Warga Malaysia Meninggal Di Hadapan Maqam Rasulullah |Seorang rakyat malaysia disahkan meninggal dunia ketika solat subuh tadi di Masjid Nabawi.

Arwah dikenali sebagai Badrul Munir berasal dari kuala kangsar dan menetap di Dengkil dikatakan rebah berhadapan dengan Maqam Baginda Rasulullah saw di Masjid Nabawi.

Menurut sahabat yang bersama-sama beliau di Madinah, Badrul telah melakukan solat tahajud di dalam bilik, kemudian bersolat subuh berjemaah di Masjid Nabawi dan terus dijemput oleh Allah SWT pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

Arwah Seorang tinggi akhlak dan suka khidmat. Allahu. Sedih dengan kehilangan arwah, dalam masa sama rasa cemburu dengan kemuliaan tempat dan masa kembalinya bertemu Allah.katanya

Arwah juga banyak berkhidmat pada alim ulama, para masyaikh, madrasah Al-Quran dan buat kerja usaha atas iman katanya lagi

Tags: #Di Hadapan #Malaysia #Maqam Rasulullah #Meninggal #Warga