Wanita mengaku nabi gesa umat muslim pindah ke makassar kerana dunia akan kiamat

Wanita mengaku nabi gesa umat muslim pindah ke makassar kerana dunia akan kiamat|Makassar: Seorang wanita di tahan polis selepas mengaku Nabi yang ke 26 baru baru ini, wanita berusia 26 tahun itu memahamkan bahwa dia telah menerima wahyu secara langsung dan terpilih untuk melanjutkan tugas kenabian Baginda Rasul.

Wanita yang dikenali sebagai Hadasari juga menyeru ummat manusia agar pindah ke makassar kerana dunia akan segera kiamat.

Pengakuan tersebut di unggah dalam satu video telah membuat media sosial kecoh sejak isnin kelmarin.

Tidak hanya itu,dia juga bersungguh meyakinkan pihak polis bahwa dia adalah keturunan Tuanta salamaka syekh yusuf yang merupakan seoang ahli agama yang di dikenali di Gowa sulawesi selatan .

Bahkan kerana bisikan perintah tersebut dia sanggup bercerai dengan suaminya.

Ketika dalam siasatan hadasari juga menunjukkan sebuah kitap Al-quran baru tulisan tangan yang berisi pesan-pesan dunia akan segera kiamat dan memerintahkan umat manusia segera berhijrah ke makassar

Selain itu terdapat beberapa gambar dirinya sedang berdakwah dalam kitap tersebut.

Pihak polis juga sempat meminta Hadasari untuk mengucap dua kalimah syahadat namun ayat yang di sebut justru terdengar lain.

Selepas siasatan lanjut dijalankan,hadasari di ketahui memiliki gangguan jiwa,hal itu dbenarkan oleh keluarga dan juga jiran-jiranya.

 

Dimaklumkan hadasari mengalami gangguan jiwa sejak kalah dalam perebutan tanah pusaka beberapa tahun lalu.

Katanya tanah itu di amanahkan kepadanya untuk di jaga dengan baik,akan tetapi ada ahli keluarga yang menggugat hingga tanah itu terpaksa ia lepaskan.

Sejurus itu pada tahun 2015 Hadasari juga pernah membuat pengakuan yang serupa namun tidak di hebohkan oleh media negeri itu.

Tags: #Wanita mengaku nabi gesa umat muslim pindah ke makassar kerana dunia akan kiamat