Wanita mati bersalin dalam bilik hotel

584 views

Wanita mati bersalin dalam bilik hotel|Kota kinabalu: Penemuan mayat seorang perempuan tempatan berumur 2oan  di sebuah bilik hotel bujet, Jalan Pantai, Bandaraya Kota Kinabalu setelah menerima panggilan telefon melalui MERS 999 daripada orang ramai pada awal pagi tadi.

Pihak polis dan ambulan bergegas ke lokasi kejadian dan telah mendapati perempuan tersebut telah meninggal dunia setelah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertugas .

Punca kematian adalah akibat pendarahan semasa melahirkan anak. Bagaimanapun, bayi lelaki telah dapat selamatkan dan dirawat di Hospital Likas, Kota Kinabalu. Kes disiasat sebagai kematian mengejut

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mereka sedang giat mengenal pasti identiti wanita tersebut.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang identiti wanita ini atau warisnya digesa untuk tampil atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor Mustapha Ramli di talian 019-814 5090 untuk membantu siasatan polis,” katanya.

 

 

 

 

Tags: #Bersalin #bilik hotel #Dalam #Mati #Wanita