Wanita mandul adalah golongan yang dilaknat Allah

1162 views

Wanita mandul adalah golongan yang dilaknat Allah|Sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) ; Sindrom ini dinamakan atas 4 orang doktor yang pertama kali menjumpai keadaan ini.

Sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) berlaku pada wanita dan menganggu sistem peranakkan wanita. Ianya adalah kongenital – bermakna ianya sudah berlaku sebelum lahir lagi. Keadaan ini menyebabkan faraj dan rahim tidak berkembang atau pun tiada, walaupun luaran nya nampak seperti perempuan biasa. Wanita yang dilanda masalah ini selalunya akan berjumpa doktor dengan masalah tidak datang period yang pertama, walaupun sudah berusia 16 tahun.

Perempuan dengan sindrom MRKH ini mempunyai genetik seperti wanita biasa iaitu kromosom (46, XX) dan sepasang ovari yang berfungsi secara normal.

antara status wanita yang menimbulkan kemarahan natizen

Mereka akan menunjukkan perkembangan payu dara dan bulu pubis yang normal. Lazimnya, perempuan yang ada sindrom ini, tidak boleh hamil, tetapi boleh untuk mendapatkan anak melalui kaedah assisted reproduction ( biasanya dibuat di luar negara – kat malaysia so far belum ada kaedah pemindahan rahim )

Apabila sistem perannakan saja terganggu dipanggil sebagai Sindrom MRKH jenis 1. Kadang-kala perempuan yang mempunyai sindrom MRKH akan ada ketidaknormalan pada sistem badan yang lain – dipanggil sebagai sindrom MRKH jenis 2. Dalam keadaan ini, buah pinggang mungkin terbentuk secara tak normal, atau tempatnya tak normal atau salah satu buah pinggang tak terbentuk. Wanita ini juga mungkin mengalami masalah pada rangka, tulang belakang dan ada yang mempunyai masalah pendengaran dan juga masalah jantung

Sindrom ini tak dapat dikenalpasti puncanya. Malah, doktor juga tidak berjaya mengesan sindrom ini, sehingga kanak-kanak perempuan terbabit mencecah usia akil baligh.

Sebelum anda dengan mudah melemparkan tohmahan tak masuk dek akal pada wanita yang tak bernasib baik ini, lebih baik kita bermuhasabah diri.

Hakikatnya, terdapat pelbagai masalah kesihatan yang boleh menerangkan kenapa wanita tak boleh hamil. Bukan sahaja masalah wanita, lelaki pun boleh ada masalah untuk menyebabkan sesorang wanita tu hamil.

Berhenti mengecam mana-mana wanita yang tak boleh hamil. Anda tak rasa penderitaan mereka.

Usah sewenang-wenangnya melampiaskan kata-kata nista tanpa mengambil kira perasaan orang lain

Lebih baik diam dari berkata-kata sesuatu yang menyakitkan

Dr. Muhammad Izzat bin Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tags: #Adalah #Allah #Golongan #Wanita mandul #yang dilaknat