Wanita Ini Cacat Kerana Balas Sms Semasa Memandu

391 views

cacatZaman sekarang, pelbagai ‘tabiat’ baru muncul di kalangan pemandu, semuanya kerana kecanggihan teknologi. Bukan setakat membalas mesej, tetapi ada yang lebih berani sehingga ke tahap mengambil gambar selfie ketika memandu!

Mungkin cerita dari remaja bernama Liz Marks ini boleh dijadikan panduan.

Liz seorang remaja yang cantik, popular dan normal. Namun kerana cuba membalas mesej ketika memandu, dia mengalami kemalangan yang bukan sahaja menukar rupa parasnya, tetapi hampir meragut nyawanya.

Kemalangan itu menyebabkan Liz terlantar koma hampir sebulan di hospital. Dan kini dia menderita; hilang sebelah mata, hilang deria bau, kurang pendengaran dan sukar untuk tidur.

Bukan setakat itu, Liz juga mengakui hilang ramai kawan; mereka dikatakan tidak boleh menerima ‘rupa’ barunya.-Mummynemo.com