Wanita ditahan makan alat kelamin mayat

780 views

Wanita ditahan makan alat kelamin mayat|Satu insiden mengemparkan dilapor berlaku di Zimbabwe dimana dua wanita telah memakan zakar, mata dan pipi mayat saudara mereka yang bakal dikebumikan.

Kejadian pelik itu berlaku di kampung Ndangara.

Lapor media tempatan, kedua-dua wanita yang tidak dinamakan itu telah dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

“Saya bole mengesahkan bahawa kedua-dua wanita terbabit telah dibawa ke jawatankuasa kampung untuk diadili, selepas mereka mengerat dan memakan anggota badan mayat saudara mereka,” kata ketua kampung, Chief Chireya.

Tambah Chireya, dua wanita itu tidur di bahagian dapur dimana mayat tersebut disimpan sebelum menanti untuk dikebumikan.

“Saya diberitahu, mereka mengarahkan ahli keluarga yang lain mematikan lampu sebelum masuk tidur dan ketika itulah mereka mengerat mayat berkenaan.

“Perkara itu terbongkar keesokan harinya selepas beberapa ahli keluarga yang lain mendapati alat sulit dan mata mayat itu telah hilang,” katanya.

Katanya lagi, kedua-dua wanita itu saling menuding jari dan tidak mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Tags: #Alat #kelamin #Mayat #wanita.makan