VIDEO: Suami Isteri Gaduh, Pukul Memukul Luar Wayang

617 views

Masalah rumah tangga seharusnya disimpan erat-erat suami isteri jangan sampai diketahui orang lain.

Sebab itulah kalau ada masalah, selesaikan elok-elok atau kalau dah tak jumpa jalan penyelesaian mintalah bantuan ibu bapa atau saudara rapat yang boleh dipercayai.

Tapi pasangan dalam rakaman video viral ini yang dikatakan suami isteri, bukan sahaja bertekak malah pukul memukul sesama sendiri di khalayak ramai.

Berdasarkan komen kejadian didakwa berlaku di luar panggung wayang sebuah mall di Klang.

Ada versi kononnya, si isteri mengamuk selepas bertembung suaminya bersama perempuan lain di situ manakala ada versi lain pula kata si perempuan yang sengaja merakam untuk mencari salah suami bagi tujuan tertentu – sesungguhnya kami tak tahu dan lantaklah, itu kan masalah mereka.

Faktanya, kedengaran suara perempuan dalam rakaman ini mendakwa lelaki tersebut suami dayus manakala si lelaki menggunakan kudratnya untuk memukul insan yang sepatutnya dilindungi.

Kami percaya yang merakam pun orang terapat dengan pasangan ini jadi siapa yang memuat naik video ke laman sosial dan apa motif?

Tak kisahlah sebab benda dah berlaku.. video pun dah viral.. jadi apa yang terbaik adalah ambil iktibar daripada kejadian ini.

Orang yang menonton memang syok sebab tengok drama free tapi selesaikah masalah rumah tangga dengan pergaduhan begini? Fikir-fikirkan.. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #‘Luar #Gaduh #Isteri #Memukul #pukul #suami #VIDEO #Wayang