VIDEO SERANGAN TALIBAN DI SEKOLAH PAKISTAN LEBIH 135 ORANG TERBUNUH | 84 Pelajar Terbunuh Dalam Serangan Taliban Di Sekolah Pakistan,Seorang anggota tentera mengiringi dua pelajar yang diselamatkan dari serangan di sebuah sekolah di Peshawar, Pakistan. Foto REUTERS
Seorang jurucakap Taliban berkata, kumpulan militan itu diarahkan untuk menembak pelajar yang lebih dewasa, sambil menambah bahawa serangan itu sebagai balas dendam terhadap serangan tentera secara besar-besaran di kawasan itu.
Pertempuran di dalam sekolah berterusan dan sebahagian tebusan dipercayai ditahan oleh militan, kata menteri wilayah itu untuk kerajaan tempatan, Inayatullah Khan.
Perdana Menteri Pakistan, Nawas Sharif secara peribadi akan mengendalikan operasi ketenteraan di Peshawar berhubung serangan di sekolah itu.
Kerajaan wilayah mengisytiharkan hari berkabung selama tiga hari berikutan tragedi berkenaan.
Taliban mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap serangan itu tetapi berkata ia tidak menyasarkan para pelajar.
“Pengebom berani mati kami memasuki sekolah, dan mereka diarahkan untuk tidak mencederakan kanak-kanak, tetapi menyasarkan anggota tentera,” kata jurucakap Taliban, Muhammad Umar Khorasani kepada Reuters.
video serangan taliban di paswahar sekolah pakistan
Tags: #berita bom taliban terkini. #bom #gambar mangsa bom sekolah di pakistan #gambar mangsa bom taliba dipakistan #pakisata #Sekolah #serangan bom di sekolah #Taliban #video mangsa bom di pakisatan #video mangsa bom sekolah #video mangsa bom taliban #video sekolah di pakistan kena bom #video serangan bom taliban #video serangan taliban disekolah pakistan #video serangn bom taliba di sekolah paswahar
Related Post "VIDEO SERANGAN TALIBAN DI SEKOLAH PAKISTAN LEBIH 135 ORANG TERBUNUH"