VIDEO PESAWAT TAIWAN TRANSASIA AIRWAYS TERHEMPAS KE SUNGAI

1016 views

 

Capture

VIDEO PESAWAT TAIWAN TRANSASIA AIRWAYS TERHEMPAS KE SUNGAI | Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh selepas sebuah pesawat TransAsia Airways, Taiwan yang membawa 58 penumpang terbabas ketika berlepas sebelum terjunam ke sungai, pagi tadi.

Kira-kira 16 penumpang sudah diselamatkan, kata jabatan penerbangan awam dalam taklima media di sini.

Seramai 31 pelancong China adalah antara penumpang dalam pesawat itu, kata Biro Pelancongan Taiwan.

10978500_834680443221301_2511374531690289625_n

 

Media Taiwan memaparkan gambar pesawat itu dalam Sungai Keelung, yang terletak beberapa meter dari pantai.

Taiwan Central News Agency (CNA) melaporkan pesawat itu yang berlepas dari bandar raya ini dalam penerbangan ke pulau Kinmen, hilang daripada radar kira-kira jam 10.55 pagi dan badan pesawat terjunam ke Sungai Keelung, tidak jauh daripada lapangan terbang Sungshan.

Pesawat yang terbabit adalah daripada jenis ATR-72 turboprop keluaran Perancis yang dikendalikan dua juruterbang. Badan pesawat itu separuh tenggelam di sungai itu manakala penumpang dan penyelamat di lihat berdiri di badan pesawat dan ada yang berenang ke tebing. Nahas itu terjadi selang beberapa bulan selepas sebuah pesawat TransAsia ATR-72 terhempas ketika cuba mendarat di Pulau Penghu, Taiwan menyebabkan 48 terbunuh dan 10 cedera. Cuaca buruk dipercayai menjadi punca nahas itu pada Julai lalu.

 

Tags: #PESAWAT TAIWAN #pesawat TransAsia Airways #Terhempas #VIDEO PESAWAT TAIWAN