VIDEO PEKERJA PENAPIS AIR MAUT TERBAKAR DALAM KERETA

1303 views

Lelaki-rentung-Kemalangan-Di-Kilometer-254-7

  VIDEO PEKERJA PENAPIS AIR MAUT TERBAKAR DALAM KERETA | IPOH – Seorang pekerja penapis air rentung, manakala rakannya cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di KM254.8 di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, semalam.

Mangsa, Mohd Joeri Ramli, 34, pekerja di sebuah syarikat penapisan air rentung akibat tersepit, manakala rakannya, Mohd Nasbullah Mohd Abdul Ghaffar, 28, cedera parah dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi semalam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila sebuah lori yang membawa muatan 60 tan barangan besi hilang kawalan ketika cuba mengelak penutupan lorong sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

Lori terbabit telah memasuki lorong kanan sebelum merempuh tiga kenderaan yang lain termasuk kereta yang dipandu Mohd Joeri,Kereta mangsa diseret sejauh satu kilometer dan terbakar.

Pemandu lori terbabit bertindak melarikan diri dan pihak polis hanya dapat menahan kelindannya yang mengalami kecederaan ringan untuk membantu siasatan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 9.26 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran kereta sudah mencapai 95 peratus, manakala lori treler turut terbakar ke tahap 45 peratus. “Operasi memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur selesai pada pukul 12.10 tengah hari,” katanya. Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan, Shamsul Bahrin Aziz dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Mangsa yang maut dipercayai seorang  pekerja syarikat penapis air. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tidak sempat menyelamatkan diri. ALFATIHAH…. semoga rohnya dicucuri rahmat…

Tags: #Kereta #KM254.8 di Lebuh Raya Utara-Selatan #MAUT TERBAKAR #MOHD JOERI RAMLI #Mohd Nasbullah Mohd Abdul Ghaffar #PEKERJA PENAPIS AIR #VIDEO #VIDEO KEMALANGAN

loading...