Video Maut Di Seret Lori

738 views

`Video Maut Di Seret Lori|Johor Bahru: Seorang lelaki maut digilis dan diseret lori selepas terjatuh dari motosikal yang diboncengnya dalam kejadian di Kilometer 17 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini, jam 1 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Jokhiri Abdul Aziz berkata, dalam kejadian itu mangsa dikenali sebagai Mohd Farhan Kassim, 18, dari Taman Kota Masai membonceng motosikal bersama rakannya.

“Siasatan awal mendapati motosikal itu bergesel dengan sebuah pacuan empat roda menyebabkan ia hilang kawalan dan mangsa terjatuh.

“Secara kebetulan sebuah lori tiba di lokasi dan tidak sempat mengelak menyebabkan mangsa digilis kenderaan berat itu.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal yang cedera turut dihantar ke hospital sama,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

 

Tags: #Video Maut Di Seret Lori

loading...