Video majlis pertunangan fattah amin dan fazura

692 views

Video majlis pertunangan fattah amin dan fazura|pasangan selebriti yang sedang hangat diperkatakan, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya berkongsi detik gembira mereka di laman sosial khas buat peminat masing-masing.

Fattah, 27, dan Fazura, 34, memuat naik video majlis pertunangan mereka yang diadakan pada 13 November lalu di kediaman keluarga pelakon wanita tersebut, malam Jumaat.

Menerusi kapsyen video tersebut, majlis telah berlangsung dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

“Teristimewa buat our beloved Love Warriors. Majlis pertunangan kami yang sederhana.

“Terima kasih di atas doa anda semua. Salam sayang dari kami Fattah & Fazura,” tulis mereka.
Rata-rata pengikut pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini turut teruja melihat saat bahagia artis kesayangan mereka.

Ruang komen dihujani dengan ucapan tahniah dan ramai peminat tidak sabar untuk melihat Fattah dan Fazura disatukan sebagai suami isteri.

“I really love you Fattah, bila tahu Fattah dan Fazura bakal bertunang saya gembira sebab saya sayang Fazura juga.

“Tahniah untuk awak berdua. Please love each other till the end of your life because I love you guys!

“Aww so sweet. Dah lama tunggu untuk saat ini. Tahniah untuk kalian berdua,” komen beberapa peminat mereka di Instagram.

Pasangan ini merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun dua resepsi akan diadakan pada tahun depan.

Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup, dengan tetamu lain termasuk pihak media hanya akan diundang pada majlis resepsi.

Terdahulu mereka tampil menafikan sudah bernikah pada 14 November lalu di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya seperti yang dihebohkan.

Tags: #fattah amin #Fazura #MAJLIS PERTUNANGAN #VIDEO