VIDEO: Lagu Jiwang Gay ‘Lelaki Untuk Lelaki’ (Siap Klip Video Lagi!)

1338 views

Lagu ini sebenarnya tak asing lagi dalam kalangan komuniti LGBT yang berkongsikannya di laman sosial sesama mereka.

Tapi entah macam mana, ada pula pihak pergi pecah lobang tentang lagu bertajuk LELAKI UNTUK LELAKI hingga ia tersebar di laman sosial kebelakangan ini.

Sesiapa yang tak tahu lagu ini berkaitan kisah cinta sesama jantina tentu setuju bahawa melodinya boleh tahan sampailah anda tiba-tiba mendengar lirik berbunyi:

‘Aku mencintaimu – Aku menyayangimu – Meski ku tau Kau adalah LELAKI – Inginku Milikimu – Jadilah pendampingku – Hingga akhir masaku nanti -Meski kau lelaki.’

Gila tak?

Pemeriksaan kami mendapati lagu ini merupakan single penyanyi Indonesia, Rio Sikumbang yang rilis pada Mac 2013.

Pelik, bagaimana Indonesia yang mempunyai ramai rakyat beragama Islam boleh begitu terbuka membiarkan penyanyinya tampil dengan lagu semacam ini yang jelas menyokong percintaan sesama jantina.

Tambah parah, penyanyi ini adalah duta pelancongan Kota Pariaman, Sumatera Barat.

Kalau dilihat lirik lagu ini ia menunjukkan bahawa penyanyinya sedar cinta lelaki dengan lelaki adalah salah tapi meneruskannya kerana tak berupaya menahan perasaan yang dikurniakan Tuhan.

Kami percaya inilah alasan sama yang dijulang kaum gay lain.

Tapi kalau tak daya menahan naluri dijadikan alasan, habis tu kalau perogol pedofilia bagi tahu dia terpaksa melakukan seks dengan budak kecil sebab tak mampu menahan perasaan kurniaan Tuhan kepadanya, boleh ke kita terima?

Percayalah, sesungguhnya perasaan itu banyaknya didasari NAFSU yang merupakan ujian Tuhan buat golongan ini jadi hentikanlah menjadikannya alasan untuk menghalalkan sesuatu yang haram. – Webberita | Terkini via MyNewsHub

Tags: #Jiwang #Klip #Lagi #Lagu #Lelaki #Siap #untuk #VIDEO