VIDEO KETUA KAMPUNG BERLAGAK SAMSENG HALAU ROMBONGAN BANTUAN BANJIR

kepala kampung samseng

VIDEO KETUA KAMPUNG BERLAGAK SAMSENG HALAU ROMBONGAN BANTUAN BANJIR |  ADUN Port Dickson (PKR), M. Ravi, hari ini menyelar tindakan ketua kampung bersikap tidak ubah seperti ‘gangster’ yang mendesak rombongan bantuan mangsa banjir dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan kawasan ‘kampungnya’.

Ravi berkata, dia dan kumpulan terbabit telah pergi ke Kampung Jimah di Lukut pada Ahad yang lalu bagi melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Namun tiba-tiba kehadiran mereka itu disergah dan tidak disenangi oleh ketua kampung berkenaan, Shafie Alwi.

 

“Shafie terus menyergah dan menjerit pada kami dan meminta pertikaikan kehadiran kami di sini.

“Dia juga memarah kami kerana masuk ke kampungnya tanpa meminta kebenarannya terlebih dahulu dan dia mahu kami keluar dari kampung ini serta merta,” katanya.

Jelas Ravi lagi, Shafie tiada hak untuk menyekat mana-mana orang luar untuk memasuki kampung di bawah kuasanya.

“Bila kami cuba menerangkan kedatangan kami hanya untuk menyampaikan bantuan, dia (Shafie) bertambah marah dan menuduh kami cuba meraih sokongan politik,” katanya.

 

Rakaman video yang dirakam oleh salah seorang ahli PKR yang menunjukkan Shafie berang dimuat naik ke laman Facebook sejak semalam.Video berdurasi 5 minit lebih itu yang memperlihatkan Shafie memarahi salah seorang pemimpin PKR tersebar meluas di Facebook.

Bagaimanapun, Shafie beredar setelah 15 minit bertekak dengan kumpulan terbabit. Shafie juga mengugut akan kembali dengan beberapa orangnya untuk menghalau mereka. Namun kelibatnya tidak kelihatan selepas itu.Shafie yang dihubungi oleh Sinar Harian menjelaskan dia cuba melindungi penduduk kampungnya dari orang luar yang berniat jahat.

“Bantuan makanan yang diberikan oleh PKR hanyalah barangan biasa yang diberikan kepada mana-mana mangsa banjir dan tidak akan menjadi keluarga itu kaya,” katanya. – MYMEDIAHUB

 

Tags: #Banjir #bantua #bentuan banjir kena halau ketua kampung #Halau #isu kepala kampung halau bantuan banjir #Kampung #Ketua #Kumpulan #Mangsa #VIDEO #video ketua kampung berlagak gengster #video ketua kampung berlagak samseng #video ketua kampung halau bantuan banjir #video ketua kampung jadi viral #video ketua kampung samseng #video ketua kampung tunjuk samseng #video samseng ketua kampung