Video : Keretapi Langgar Treler Tersangkut Atas Landasan

554 views

Los Angeles – Sebuah keretapi lokomotif telah melanggar sebuah treler yang tersangkut atas landasan keretapi​ di bandar Louisiana, Mer Rouge telah menyebabkan kecederaan pada konduktor dan jurutera keretapi tersebut.

Rakaman kejadian telah dirakamkan oleh seorang wanita yang berada di tempat kejadian beberapa ketika sebelum keretapi itu melanggar treler berkenaan.

Kejadian telah menyebabkan kaki jurutera keretapi terbabit patah manakala konduktor keretapi terbabit terpaksa menghadapi pembedahan bagi membuang limpa dan hatinya kerana beberapa tulang rusuknya yang patah.

Bagaimanapun pemandu treler yang terbabit dengan kejadian sempat melarikan diri kerana treler tersebut sudah tersekat beberapa minit sebelum kereta api berkenaan merempuh treler malang tersebut –

Tags: #Atas #Keretapi #Landasan #Langgar #Tersangkut #Treler #VIDEO