Video Ngeri Keadaan Terkini Bas Alisan Yang Meragut Nyawa 14 Penumpang

Video Ngeri Keadaan Terkini Bas Alisan Yang Meragut Nyawa 14 Penumpang |Muar: Sorang lagi mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, awal pagi ini, disahkan meninggal dunia, pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Hisham meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Muar (HPSF) dan menjadikan 14 maut semuanya.

Sementara itu, semua jasad mangsa kemalangan maut tiba di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF), kira-kira 7.50 pagi.

Info awal:

Sekurang kurangnya 13 maut manakala 17 yang lainnya dikabarkan cedera,apabila bas Ekspres Alisan yang mereka naiki terbabas ke dalam curam kira-kira 6 meter di KM137 lebuh raya PLUS, arah utara diKampung Jayo, Jalan Kangkar Senangar, Pagoh, Johor

Untuk maklumat awal punca kejadian yang berlaku pada 3.40 pagi tadi masih belum diketahui.Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata 25 anggota dari Muar, Bukit Gambit dan stesen Yong Peng telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 4 pagi.

Mohd Yusof berkata, siasatan awal mendapati permukaan jalan berada dalam keadaan yang baik dan ia tidak hujan ketika kejadian itu berlaku.

Tags: #alisan #bas #Gambar #Kemalangan #VIDEO