Video & Gambar 56 Mati Dipenggal Dalam Rusuhan Di Penjara Brazil

579 views

Video & Gambar 56 Mati Dipenggal Dalam Rusuhan Di Penjara Brazil|Banduan memenggal kepala pesaing mereka dalam pertempuran kejam antara dua kumpulan di penjara Brazil menyebabkan 56 maut manakala 144 banduan melarikan diri, lapor AFP.

Rusuhan  meletus pada Ahad dan berterusan sepanjang malam di sebuah penjara di pinggir Manaus, ibu negara Amazonas, kata Setiausaha Keselamatan Awam, Sergio Fontes.

Jabatan keselamatan Awam kemudian mengurangkan angka kematian dari 60 sebelum ini ke 56 orang.

Pertempuran itu merupakan antara yang paling teruk pernah berlaku dalam rusuhan di penjara Amerika Latin sebelum ini sejak dekad lalu.

Fontes menyifatkan insiden ini sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai yang paling besar’ yang pernah dilakukan di sebuah penjara di negeri ini.

Di luar, polis bersenjata memburu berpuluh-puluh banduan yang melarikan diri melalui satu siri terowong ditemui di kompleks penjara Anisio Jobim.

Fontes itu kemudian berkata, 112 tahanan melarikan diri dari penjara itu dan 72 daripada Antonio Trindade Penal Institute berhampiran.

“Hanya 40 daripada banduan ditangkap,” katanya.

Polis akhirnya berjaya mengawal rusuhan di penjara itu pada pagi Isnin, membebaskan 12 pengawal yang telah dijadikan tebusan.

“Ramai (mangsa) telah dipancung, dan mereka semua mengalami luka akibat keganasan itu,” katanya pada sidang akhbar.m.

Nota:gambar dibawah adalah paparan yang mengganggu emosi (gambar extime) jika anda seorang yang lemah semangat sila abaikan post ini.

Tags: #banduan #Brazil #Gambar #Kepala #pancung #Penggal #Penjara #Pergaduhan #Rusuhan #sembelih #VIDEO