Video David Teo Ditampar Mat Over Depan Najib

315 views

Video David Teo Ditampar Mat Over Depan Najib|Sedang hangat diperkatakan di laman sosial ketika ini video memaparkan Penerbit David Teo ditampar oleh pelakon Sulaiman Yassin atau pun lebih dikenali sebagai Mat Over ketika sesi bersama selebriti dalam majlis Transformasi Nasional.

Lebih meggamatkan suasana, tindakan pelakon veteran tersebut dilakukan di hadapan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekaligus menimbulkan suasana riuh rendah seketika.

Sementara itu menurut laporan Malay Mail Online, kejadian tersebut bermula apabila David Teo bertindak merampas pembesar suara daripada Rosyam Nor.

Tindakan David Teo itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap.

David dan juga Mat Over kemudiannya dibawa keluar oleh pengawal keselamatan setelah keadaan menjadi semakin tegang.

part 1.

part 2.

Tags: #David Teo #Depan Najib #ditampar #Mat Overm #VIDEO

loading...