VIDEO DAN GAMBAR PENYOKONG JDT RENTANG KAIN BERGAMBAR ANJING JADI TANDA TANYA

jdt

 

VIDEO DAN GAMBAR PENYOKONG JDT RENTANG KAIN BERGAMBAR ANJING JADI TANDA TANYA| Beberapa keping gambar penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengibar kain rentang bergambar anjing memakai baju berlogokan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sambil memegang anak anjing, kini menjadi viral di laman sosial.

Tindakan itu dikatakan berlaku, ketika perlawanan Piala Sumbangsih 2015 antara JDT menentang Pahang, semalam, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menimbulkan kritikan negatif daripada warga siber.

Tidak terkecuali, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan isteri kepada Presiden FAM, Tengku Abdullah turut meluahkan rasa duka cita terhadap kelakuan berkenaan.

rentang

Malah, menerusi laman Instagram, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyifatkan tindakan segelintir penyokong JDT itu dianggap biadap.

“Sebagai anak kelahiran Johor yang bermastautin di Pahang dan suami saya Presiden FAM, saya malu dengan tindakan peminat bola sepak Johor.
“Dan hanya ini komen saya…biadap dan kurang ajar…ayah saya tidak didik saya seperti ini,” luahnya.

Secara luarannya, kain rentang berkenaan kononya seolah-olah dituju kepada FAM.
Namun, maksud sebenar gambar anjing berkenaan, masih menjadi teka-teki warga siber.therakyatpost.

Meskipun banner tersebut tidak ditujukan kepada Pahang namun tenyata ia dituju khas kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bagaimanapun kami tidak tahu apakah sebenarnya maksud kain rentang dengan gambar anjing tersebut.

Semoga ianya tidak memberi maksud yang tidak baik kerana sukan adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan hubungan antara pihak lawan.

Tags: #jdt #penyokong JDT #Piala Sumbangsih #Piala Sumbangsih 2015 #RENTANG KAIN #RENTANG KAIN BERGAMBAR ANJING #VIDEO PENYOKONG JDT