Video Cristiano Ronaldo Menyamar Jadi pengemis

1222 views

 

 

image (1)

 

 Video Cristiano Ronaldo Menyamar Jadi pengemis |  SELAIN dari pada hebat di padang, kaya dan memiliki wajah kacak, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo juga membuktikan dirinya merupakan seorang lelaki yang baik hati,demi peminat-peminat kecilnya beliau rela menyamar jadi seorang pengemis di tengah-tengah pusat bandar Madrid yang sibuk, Plaza de Callao.

Penyerang yang baharu sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia itu, baru-baru ini sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata untuk melakukan kejutan ke atas peminatnya.

Kejadian itu berlaku di Row Zed bandar madrid, dan Ronaldo telah membuktikan dirinya seorang yang hebat. Dia bukan sahaja handal di padang, malah cukup bijak mengambil hati para peminatnya.

Kapten Portugal itu sering kali tampil di khalayak umum dengan memastikan para peminatnya akan mendapat autograf dan bergambar bersama, selain cukup sabar melayan kerenah orang ramai yang mengaguminya.
Rasa hormat para penyokong terhadap Ronaldo berterusan apabila bintang Real Madrid itu telah melakukan sesuatu yang tidak diduga demi memenuhi impian seorang peminat kecil.

Sebuah video, yang dirakam menggunakan telefon bimbit milik seorang penyanyi Sepanyol terkenal, Juan Pena telah memaparkan Ronaldo menyamar semata-mata untuk mencipta kejutan ke atas seorang budak lelaki dengan memberinya sebiji bola yang telah ditandatanganinya.
Watak pilihannya untuk menyamar? Seorang pengemis gemuk yang tiada tempat tinggal, sedang­kan dalam kehidupan realitinya Ronaldo seorang bintang bola sepak yang kaya-raya.

Difahamkan, remaja lelaki tersebut tidak tahu bagaimana untuk memberikan reaksi yang sewajarnya. Namun, dia bukan satu-satunya peminat yang bertuah.

menurut sumber utusan online beliau juga melakukan hal yang sama di sekitar pusat bandar madrid yang sentiasa ramai dengan pengunjungya.

anda boleh lihat dalam video di bawah bagai mana bintang sepak bola ini melayan peminat-peminat kecilnya.

Tags: #bintang bola sepak #cristiano ronaldo #Video Cristiano Ronaldo Menyamar Jadi pengemis #video ronaldo jadi pengemis #video ronaldo menyamar