Video Cincin Boleh Kesan Notifikasi Di Telefon Bimbit

989 views

Video Cincin Boleh Kesan Notifikasi Di Telefon Bimbit | Jika sebelum ini cincin hanya dianggap sebagai aksesori buat si pemakai namun kini terdapat sejenis cincin pintar yang diberi nama Ringly yang dapat memaklumkan pada si pemakai sekiranya ada sebarang notifikasi di telefon bimbit.

Video Cincin Boleh Kesan Notifikasi Di Telefon Bimbit

Cincin pintar ini akan bergetar (vibrate) ataupun warna ditepi cincin akan berkelip-kelip sebagai tanda ada mesej, panggilan mahupun notifikkasi laman sosial yang baru diterima di telefon bimbit. Ia amat memudahkan terutamanya bila telefon bimbit ditinggalkan di tempat lain.

Terdapat empat pilihan warna untuk cincin pintar ini yang dikatakan sesuai digunakan untuk orang yang sentiasa sibuk dengan urusan di luar yang tidak mahu terlepas menerima panggilan-panggilan penting.

TontonĀ Video Cincin Boleh Kesan Notifikasi Di Telefon Bimbit

Memang menarik idea cincin pintar Ringly ni kan. Tapi rasanya berapalah harga cincin ini bila ada di pasaran nanti.

sumber

Tags: #cincin boleh maklumkan notifikasi #cincin pintar #gadjet yang cool #Ringly

loading...