Video: Budak 8 Tahun Hilang Ditemui Dalam Perut Buaya

1255 views

Video: Budak 8 Tahun Hilang Ditemui Dalam Perut Buaya|Penduduk sebuah kampung menemui mayat seorang budak berusia lapan tahun selepas memotong perut seekor buaya yang telah ditembak mati.

Kejadian mengejutkan itu dirakam oleh penduduk dengan menggunakan telefon pintar di Kampung Mushumbi Pools di wilayah Mashonaland Tengah, utara Zimbabwe.

Penduduk yang mengesyaki buaya itu membunuh dan memakan budak berkenaan sebelum itu menembak mati reptilia berkenaan.

Apa yang mereka bimbangkan memang benar apabila menemui mayat budak itu selepas memotong perut buaya berkenaan.

Mayat budak itu yang namanya tidak didedahkan dikeluarkan dan dikebumikan dua hari selepas itu.

Sebelumnya dimaklumkan kanak kanak berkenan dikatakan hilang selepas mandi di sungai berhampiran kampung berkanan.

Tags: #budak dalam perut buaya #Video Budak 8 Tahun Hilang Ditemui Dalam Perut Buaya

loading...