[Video] Berita Terkini Kevin Morais Dibunuh Karena Dendam

2127 views

morais gambar

[Video] Berita Terkini Kevin Morais Dibunuh Karena Dendam|Selepas 13 hari dilaporkan hilang polis hari ini mengesahkan mayat yang disimen di dalam tong dram dijumpai di dalam parit di Jalan Subang 3 di sini milik Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, mayat ditemui hasil pengakuan lima daripada tujuh suspek yang didalangi doktor berusia 52 tahun yang menunjukkan kepada polis mayat mangsa dibuang.
Menurutnya, semua suspek ditahan di Pulau Pinang, Rawang dan sekitar Lembah Klang, semalam.

“Siasatan awal mendapati motif pembunuhan adalah dendam berhubung satu kes rasuah yang di kendalikan Kevin sebagai Timbalan Pendakwa Raya ketika itu.

“Penemuan mayat ini sekaligus melenyapkan spekulasi yang dikaitan dengan kes 1MDB dan kematian Hussain Najadi,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Katanya, seorang doktor di Hospital Tentera menjadi dalang utama kes penculikan dan pembunuhan ini.
Difahamkan, suspek membunuh mangsa sebelum diikat dan diletakkan di dalam guni sebelum disimen di dalam tong dram sebelum dicampakkan di parit di Jalan Subang 3, Subang Jaya.

Doktor terbabit terlibat dengan kes rasuah yang masih dibicarakan dikendalikan mendiang di Mahkamah Tinggi Shah Alam, katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek lain berusia 22 hingga 52 tahun diupah bagi membunuh mangsa.
“Isteri dan anak salah seorang suspek juga ditahan bagi membantu siasatan, kita percaya ada persepakatan diantara semua suspek yang terlibat.

“Pihak kami juga percaya ada suspek lain terbabit dalam kes ini dan polis giat mengesan suspek bagi mengukuhkan siasatan,” katanya.

baca:Mayat Kevin Morais Dijumpai Dalam Tong Drum Konkrit Dipercayai Dibunuh Seorang Doktor Tentera

Baca lagi:

1-Gambar Doktor Suspek Utama Pembunuhan Kevin Morais Dan Video Penemuan Mayat Dalam Tong Drum

2-kevin morais dibunuh karna dendam

 

 

Tags: #karna dendam #kavin morais dibunuh #mayat kevin morais #tong drum #VIDEO