Ustazah Terkenal Disenarai hitamkan (blacklist)

984 views

 

abbyyy-630x410-600x360-600x360

 

Ustazah Terkenal Disenarai hitamkan (blacklist) | Selepas isu tidak puas hati terhadap fenomena ‘ustaz dan ustazah ekspres’ baru-baru ini, uztazah terkenal kini tampil membuat pendedahan dengan mendakwa namanya disenarai hitam.

Menerusi laman Instagram miliknya, Abby telah menulis dialog perbualannya bersama penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, dengan berkongsi cerita mengenai apa yang menimpanya, hanya kerana dia merupakan penyokong parti pembangkang.

Abby mendakwa, dia disenarai hitam untuk menyertai program anjuran jabatan kerajaan, termasuk rancangan televisyen dan radio.

abbyyy-630x410-600x360-600x360

Malah, dakwa Abby, tindakan itu membuatkan dia merasa seolah-olah dirinya seperti penjenayah.

“Saya pun kena ‘blacklist’ ustaz. Bila program-program jabatan kerajaan, semua nama tak lepas. Program televisyen pun. Radio pun. Macam penjenayah pula rasa,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia menyifatkan punca kerajaan sedia ada tidak membenarkan pendakwah berceramah, disebabkan mereka tidak menyokong kerajaan.

“Tahu kenapa ramai ustaz-ustaz hebat di Malaysia ini tidak dapat tauliah untuk mengajar? Sebab bersama ‘kehijauan’, dan tidak sokong Kerajaan. Mereka yang berani bercakap atas kebenaran memang begitulah layanannya,” tulisnya.

Tags: #abby abadi disenarai hitam #blacklist #penomena uaztazah expres #uztasah disenarai hitam