Tragis! Wanita Hamil Maut Lepas Muntah Darah Di Muar

1166 views

RABU lalu berlaku satu peristiwa gempar di sebuah stesen minyak di Taman Pagoh Jaya, Muar, Johor.

Seorang wanita yang sarat mengandung tiba-tiba muntah darah sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia ketika berjalan menuju ke kereta.

Perkara ini mengejutkan kerana masalah pendarahan akibat keguguran mungkin biasa kita dengar tetapi muntah darah yang begini banyak sudah pasti ada punca yang memerlukan siasatan rapi.

Gambar darah dimuntahkan arwah di tandas stesen minyak tersebut yang kini viral di laman sosial cukup untuk menggambarkan penderitaan dihidapinya hingga meragut nyawa.

Mengikut laporan Harian Metro semalam, arwah dikenali sebagai Ana dan berusia lingkungan 40-an.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir mangsa dikatakan sedang menuju ke kereta yang dipandu oleh rakannya.

Difahamkan mereka datang ke Muar atas urusan perniagaan dan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.

Al-fatihah.. – Webberita | Terkini via MyNewsHub

Tags: #Darah #hamil #Lepas #Maut #Muar #Muntah #Tragis #Wanita