Tolong jangan ambil, Itu duit untuk aku naik haji

370 views

Tolong jangan ambil, Itu duit untuk aku naik haji|Kata Seorang lelaki berusia lanjut yang dikenali dengan Asman 70,ditemukan terkulai di atas becak miliknya di Jl Teratai, Surabaya semalam.Tidak diketahui apa puncanya namun lelaki tua itu mengaku demam sejak beberapa hari lalu.

Tanpa memiliki kard pengenalan,lelaki itu dibawa oleh seorang lelaki kehospital untuk mendapat rawatan.

Apa yang menarik dari kisah ini adalah apabila ditemukan uang dengan jumlah Rp 48.970.000. bersamaan dengan Rm 23k di bawah bangku buruk becak miliknya.

Lelaki yang dikenali Nan itu terus mengadukan kejadian kepada pihak berwajib,apabila Asman di tanya mengenai uang berkenan,beliau berkata dia mengumpul duit itu dari hasil kerja keras mengayuh becak dan juga pemberian orang untuk menunaikan ibadah haji.

Lebih memilukan apabila Asman tidak mengetahui jumlah sebenar duit tabungan miliknya.

Pada awalnya lelaki itu berkata duit tabungannya berjumlah 9 juta  ,namun selepas petugas menghitungnya,ternyata jumlah duit itu lebih besar dari yang dikatakan.

Asman  yang kini dalam rawatan pihak hospital diketahui hidup sebatang kara,dan juga tidak diketahui rumahnya di mana.

Kisah hidup Asman juga kurang diketahui,yang jelas lelaki tua itu sejak dari dulu lagi sudah menarik becak dan gemar tidur di atas becak miliknya.

Bagaimana pun pihak polis dan Datuk bandar Ridwan yang di dampingi oleh Sekretaris Maria Agustin meminta izin kepada Asman untuk menyimpan uang berkenan,untuk sementara waktu selama Asman di rawat

Datuk bandar Ridwan juga berjanji akan menanggung biaya perubatan Asman dan mengurus keberangkatannya  menunaikan haji.

Tags: #Duit #naik haji #Penarik becak