Tips Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

1035 views

Tips Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang | Impian setiap pelajar adalah untuk berjaya dengan cemerlang. Selain memberi tumpuan di dalam kelas dan mengulangkaji apa yang dipelajari, ada beberapa tips lain yang boleh diamalkan untuk membantu seseorang pelajar menjadi cemerlang.

Tips Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang:

Tips Untuk Menjadi Pelajar Yang Cemerlang

  1. Perlu ada sifat yakin diri. Yakin yang anda boleh berjaya.
  2. Pikul tanggungjawab sebagai pelajar dengan sebaiknya.
  3. Beri tumpuan sepenuhnya semasa guru sedang mengajar di hadapan. Fokus pada apa yang disampaikannya.
  4. Sentiasa membuat persediaan awal sebelum memulakan pelajaran dan juga sebelum menghadapi peperiksaan.
  5. Pastikan keperluan untuk belajar sentiasa mencukupi.
  6. Jangan ponteng kelas. Ikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Jika tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, berjumpalah dengan guru atau rakan sekelas untuk bertanyakan tentang subjek yang lepas.
  7. Tanam sifat hormat pada guru dalam diri. Tidak kira ketika guru itu sedang mengajar ataupun tidak. Rajin berjumpa dengan guru jika tidak memahami mana-mana subjek.
  8. Perlu rajin menyertai sesi perbincangan di dalam kelas. Perlu proaktif memberi pendapat dan pandangan di dalam kelas mengenai subjek yang di ajar oleh guru.
  9. Buat ‘Group Study’. Berkumpul bersama rakan sekelas dan bincang tentang subjek-subjek yang dipelajari.
  10. Pastikan setiap tugasan yang diberikan oleh guru disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
  11. Kerap ke perpustakaan untuk mencari buku-buku berbentuk ilmiah untuk menambah pengetahuan.
  12. Baca majalah atau akhbar berbentuk akademik sebagai bahan rujukan tambahan.
  13. Tonton rancangan yang berfaedah di kata TV seperti rancangan pendidikan, berita, dokumentari dan sebagainya.
  14. Rajin membuat latihan di rumah. Kerap buat ujian sendiri untuk menentukan tahap pemahaman sebelum menghadapi ujian yang sebenar di sekolah.
  15. Sediakan jadual waktu sendiri yang efektif untuk mengulangkaji. Pastikan jadual waktu itu diikuti dengan tepat.
  16. Rajinkan diri untuk mengikuti ceramah motivasi yang dapat membantu memberikan semangat dan rasa lebih yakin pada diri. Contohnya mengikuti kem bina semangat.
  17. Ikuti juga seminar-seminar peperiksaan. Di situ anda akan dapat belajar tips untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.
  18. Beli buku rujukan yang sesuai. Boleh bertanyakan pada guru tentang buku-buku rujukan apa yang sesuai untuk dibeli.
  19. Jika rasa kurang memahami mana-mana mata pelajaran, bolehlah menambahkan ilmu dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen yang disediakan diluar. Pastikan pilih kelas tuisyen yang sesuai dengan tenaga pengajar yang profesional.

Semoga 19 tips untuk menjadi pelajar cemerlang  yang dikongsikan ini dapat membantu anda menjadi seorang pelajar yang hebat. Selamat Berjaya.

Tags: #tips menjadi pelajar cemerlang #tips pelajar hebat #tips untuk jadi pelajar berjaya