Tips Untuk Melajukan Kembali Telefon Pintar

1629 views

Tips Untuk Melajukan Kembali Telefon Pintar | Pengguna telefon pintar, terutamanya peranti yang berspesifikasi pertengahan pasti ada masalah telefon pintar menjadi semakin perlahan setelah digunakan untuk beberapa bulan.

Tips Untuk Melajukan Kembali Telefon Pintar

Masalah ini berlaku kerana mungkin fail storan yang semakin bertambah ataupun fail berbentuk cache yang disimpan pada peranti. Tetapi jangan risau, ada beberapa tips untuk menjadikan peranti android kembali pantas seperti pada asalnya.

1) Membuang Aplikasi Yang Tidak Digunakan – Kadangkala kita akan memasang pelbagai aplikasi baru hanya untuk mencuba dan kemudian mengabaikannya. Memuat turun terlalu banyak aplikasi boleh melembabkan peranti android. Jadi cara yang terbaik adalah membuang segala aplikasi yang tidak lagi digunakan untuk menjimatkan ruang dan memori pada peranti. Anda hanya perlu ‘uninstall’. Jangan risau kehilangan mana-mana aplikasi kerana anda boleh memuat turun kembali aplikasi tersebut dari Google Play Store.

Membuang Aplikasi Yang Tidak Digunakan

2) Membersihkan Cache Yang Tidak Digunakan – Aplikasi android kebiasaannya akan menyimpan data dalam bentuk cache untuk memudahkan anda membuka aplikasi tersebut dengan pantas tanpa perlu menggunakan data yang tinggi. Namun setelah anda buang aplikasi yang tidak digunakan, cache biasanya akan masih disimpan. Cara yang terbaik untuk membersihkan cache adalah dengan menggunakan aplikasi Clean Master atau CCleaner. Malah anda boleh juga membersihkan cache secara manual di halaman Settings –> Storage –> Cached Data.

3) Pindahkan Gambar Ke Dalam Komputer – Menyimpan terlalu banyak gambar dan memenuhi storan pasti akan melembabkan telefon pintar anda. Jadi untuk melajukannya kembali anda haruslah mengosongkan storan dengan memindahkan gambar yang ada di peranti ke komputer. Anda juga boleh memindahkan fail-fail yang telah dimuat naik tetapi tidak digunakan lagi.

4) Gunakan Launcer Seperti Google Launcher atau Nova Launcher – Peranti juga boleh menjadi lembab disebabkan oleh kesan grafik yang digunakan oleh tema antaramuka pada telefon berkenaan. Ini boleh diatasi dengan menggunakan launcher daripada pihak ketiga, dimana antara yang popular adalah daripada Google sendiri dinamakan Google Launcher ataupun Nova Launcher. Dengan penggunaan launcher anda boleh mengawal pelbagai perkara, termasuk kesan animasi, aplikasi yang dipaparkan dan sebagainya. Ini akan mengurangkan penggunaan kuasa pemprosesan berbanding tema asal seperti TouchWiz.

5) Factory Data Reset – Jika semua cara yang lain gagal, anda boleh memilih untuk membuat Factory Data Reset. Ini akan mengembalikan peranti anda kepada keadaan yang asal ketika anda baru membelinya. Tetapi sebelum itu anda kena buat salinan pendua untuk pelbagai fail dan data pada peranti. Setelah selesai membuat Factory Data Reset, anda boleh memilih data yang ingin di sync dan memuat turun kembali aplikasi yang ingin digunakan.

Semoga dengan lima Tips Untuk Melajukan Kembali Telefon Pintar ini, telefon anda tidak akan lagi terasa lembab bila digunakan.

sumber

 

Tags: #cara untuk membuat telefon android laju seperti baru #tips melajukan peranti android #tips melajukan telefon bimbit