Tips Mencari Jodoh Untuk Tahun 2015

972 views

Tips Mencari Jodoh Untuk Tahun 2015 | Antara azam tahun baru insan yang masih bujang pastinya untuk mencari jodoh dan seterusnya berumahtangga. Tiada siapa yang ingin hidup bersendirian tanpa kasih sayang.

 

Ada beberapa tips mencari jodoh untuk tahun 2015 yang boleh diikuti untuk menyediakan diri dalam mencari seorang calon yang sesuai. Antaranya:

1) Melupakan Kisah Silam – Kita semua ada kisah silam dalam percintaan. Mungkin kita pernah ditinggalkan atau dicurangi. Jadikan kisah silam itu pengajaran. Jangan terbawa-bawa kisah silam bila kita mencari cinta yang baru. Jangan membandingkan perhubungan yang baru dengan yang telah lalu. Mulakan perhubungan yang baru dengan aura dan pemikiran yang lebih positif.

2) Berkawan Dengan Ramai Orang – Untuk mencari jodoh, kena mulakan dengan berkawan. Rutin seharian yang terhad, rumah ke tempat kerja dan kembali ke rumah akan menghadkan proses pergaulan, sebab balik-balik kita akan jumpa orang yang sama. Cara yang terbaik untuk mencari kawan baru adalah keluar dari zon yang selesa. Perbanyakkan aktiviti luar, seperti beriadah, menyertai misi sukarelawan, mengikuti kursus motivasi dan sebagainya. Secara tak langsung kita akan dapat berkenalan dengan lebih ramai orang dan peluang untuk menemui seseorang calon jodoh yang sesuai akan lebih tinggi.

Tips Mencari Jodoh Untuk Tahun 2015

3) Ubah Gaya Dan Penampilan – Menurut kata pakar, berpakaian lebih ceria dan berwajah ceria akan membuatkan diri kita lebih menonjol. Baiki penampilan kita, tampil lebih berkeyakinan. Pastikan diri kita selalu nampak bersih dan kemas. Sentiasa murah dengan senyuman. Ini akan membantu memberikan diri kita lebih aura positif dan membuatkan orang lain rasa lebih selesa untuk berkawan dengan kita.

4) Jangan Terburu-buru – Biarpun azam kita adalah untuk mencari jodoh jangan sesekali terburu-buru dalam sesuatu perhubungan. Berkawan dahulu untuk mencari keserasian dan untuk lebih mengenali hati budi. Bila dah betul serasi barulah luahkan niat di hati dengan membawa berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga.

5) Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan – Tiada manusia yang sempurna. Jadi bila hati dah terbuka untuk mencari cinta jangan fokus untuk mencari manusia yang sempurna. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Bila berminat pada seseorang cari kelebihan-kelebihan yang ada padanya supaya kita tak akan terlalu fokus pada kekurangannya.

Semoga tips mencari jodoh untuk tahun 2015 ini akan membantu kamu mencari calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Yang penting bijak membuat keputusan dan memilih yang serasi. Jangan mencari calon ikut tangkap muat. Lebih baik bujang untuk tempoh yang lebih lama dari berada dalam perhubungan cinta yang merana.

Ambil masa untuk mengenali dan menyayangi. Mohon petunjuk dariNYA. Kerana jodoh itu adalah ketentuanNYA. Yang penting kita berusaha.

 

Tags: #Jodoh #mencari calon yang sesuai #tips mencari jodoh