Tips Elak Mengantuk Ketika Memandu

938 views

Tips Elak Mengantuk Ketika Memandu | Perjalanan jarak jauh atau memandu di waktu malam dan ketika badan terasa letih boleh membuatkan pemandu berasa mengantuk dan mungkin terlelap ketika memandu. Terlelap sesaat dua pun, boleh mengakibatkan kemalangan .

Untuk mengelak dari sebarang kecelakaan yang tidak diingini, pemandu haruslah sentiasa memastikan dia memberi tumpuan penuh kepada pemanduan. Mungkin beberapa tips ini dapat membantu.

Tips Elak Mengantuk Ketika Memandu

Tips Elak Mengantuk Ketika Memandu

1) Minum Minuman Berkafein Atau Isotonik – Selalunya orang akan minum minuman berkafein seperti kopi atau nescafe untuk membuat diri berasa lebih segar. Manakala minuman jenis isotonik pula dapat menyegarkan badan yang kepenatan.

2) Makan Sesuatu Yang Masam – Kata orang makanan yang masam seperti asam boi, jeruk limau dan sebagainya boleh membuatkan kita sentiasa terjaga. Rasa yang masam itu akan membuatkan kita lebih ‘alert’

3) Kunyah ‘Chewing Gum’ – Mengunyah gula-gula getah dapat mengelak dari menguap. Bila mulut berterusan mengunyah, minda akan lebih fokus.

4) Bercakap Dan Bernyanyi – Sebolehnya ajak penumpang yang lain untuk bersembang demi untuk menghilangkan rasa bosan ketika memandu. Kalau memandu sendirian pula, kuatkan bunyi radio dan ikut nyanyi bersama.

Biarpun tips keempat tu mencadangkan agar anda bersembang dengan penumpang lain ketika memandu, pastikan fokus utama tetap pada jalanraya. Jangan kerana tengah syok bersembang, tumpuan pada pemanduan terjejas pula.Dan jangan sesekali memandu sambil sebelah tangan lagi memegang telefon bimbit. Tak kira bersembang atau membaca dan membalas mesej. Ini akan mengakibatkan fokus pemandu terjejas.

Jika benar-benar terasa letih dan mengantuk sewaktu memandu, berhenti di kawasan rehat yang terdekat. Basuh muka dan rehat seketika. Jangan meneruskan pemanduan sehingga telah mendapat rehat dan badan berasa lebih segar.

Semoga dengan tips elak mengantuk ketika memandu ini akan membantu anda sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

sumber

Tags: #cara elak mengantuk #hilang mengantuk ketika memandu #petua elak mengantuk

loading...