Tips – Atasi Mulut Pahit Ketika Demam

666 views

demammMengapa bila demam mulut terasa pahit dan cara mengatasinya.. yelaa nak nasihatkan orang pon kenalah ada ilmu sikit.. pengalaman mungkin.. baru nasihat yang diberi tu tak sia-sia..

Rasa pahit dilidah saat kita sakit adalah disebabkan kerana berkurangnya produksi air liur. Ini bermaksud oksigen di mulut juga berkurang sehingga menggalakkan pertumbuhan bakteria anaerob. Bakteria-bakteria tersebut menghasilkan sulfur yang menyebabkan bau tidak sedap dan rasa pahit dilidah. Selain itu rasa pahit dilidah dikaitkan dengan mual-mual dan muntah. Penyebab utamanya yakni asid di perut (gastric acid) yang naik kemulut meninggalkan rasa pahit untuk beberapa waktu.

Perubahan rasa dilidah juga disebabkan kerana terganggunya deria bau. Kemampuan menghidu seringkali dikaitkan dengan kemampuan merasa. Kalau deria bau sedang dalam kondisi tidak baik seperti pada saat selsema, demam, resdung, infeksi hidung, polip, mahupun rhinitis alergi, kemampuan lidah untuk merasa juga akan terjejas.

Cara mengatasi pahit lidahketika demam atau seangkatan dengannya:

  1. Berus gigi. Gastric acid akan dineutralkan oleh ubat gigi yang sifatnya alkali. Selain itu ubat gigi juga kebanyakannya mengandungi pudina yang memberikan sensasi segar pada mulut.
  2. Hindari kopi dan rokok.
  3. Berkumur dengan ubat kumur.
  4. Makan makanan yang mengandungi banyak serat. Iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanlah dengan cara mengunyah lebih lama kerana selain membersihkan mulut, ianya berupaya mempermudah kerja sistem pencernaan sehingga mengurangkan rasa mual.
  5. Banyakkan minum air putihuntuk meningkatkan produksi air liur dan mencairkan lendir di hidung.
  6. Supplement multivitaminuntuk meningkatkan kondisi tubuh.