Timbalan Menteri Dalam Negeri Beri Amaran Pada Jamal

506 views

 Timbalan Menteri Dalam Negeri Beri Amaran Pada Jamal|Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dinasihatkan tidak mengambil tindakan secara bersendirian bagi mempopularkan diri khususnya dalam kancah politik negara.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed meminta Jamal menyalurkan sebarang maklumat berkaitan premis perjudian kepada pihak berkuasa.

“Kita sememangnya mengkehendaki masyarakat seperti Jamal untuk membantu polis, tetapi bukan dengan mengambil tindakan secara sendirian.

“Perlakuan ‘vigilante’ seperti yang dilakukannya itu dibimbangi akan menjadi ikutan masyarakat lain yang boleh menimbulkan keadaan luar kawalan,” katanya selepas merasmikan Pesta Memancing Sekampung di Sungai Skudai, di sini sebentar tadi

 

Tags: #Amaran #Jamal #timbalan menteri dalam negeri


Top