Tiga Beradik Maut Dikelar

12009 views

Tiga Beradik Maut Dikelar|Tiga beradik berusia antara dua hingga empat tahun maut dipercayai selepas dikelar dan ditetak seorang lelaki dalam satu kejadian amuk di sebuah rumah di Kampung Sungai Haji Muhammad, hari ini.

Kejadian jam 2.30 petang itu turut mengakibatkan ibu dan kakak sulung mangsa parah, sementara bapa cedera ringan.Maklumat awal menyebut, lelaki dikenali penduduk dengan nama Rambo itu telah memecah masuk rumah keluarga berkenaan dengan senjata tajam.

Penduduk kampung yang enggan dikenali memaklumkan, kejadian itu disedari ketika dia dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.Menurutnya, orang ramai yang berkumpul di masjid memaklumkan, ada kejadian amuk di rumah keluarga terbabit.

“Rakan memaklumkan Rambo mengamuk dan mengelar serta menetak enam sekeluarga, dikhabarkan ada yang maut.“Kami penduduk kampung masih lagi terkejut dengan kejadian ini,” katanya.

Lelaki dikenali Rambo itu dimaklumkan baharu sahaja pulang ke kampung berkenaan selepas merantau.Semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan: Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan apabila laporan siasatan siap

Tags: #Beradik #Dikelar #Maut #tiga