Tiga beradik berhati setan…

1617 views

Tiga beradik berhati setan…|Mandailing: Diduga takut dengan bencana hari kiamat seorang suami dan dua adik lelakinya tergamak membunuh isteri,adik ipar dan juga anaknya yang masih berusia 5 bulan.

Kes pembunuhan berantai satu keluarga itu terbongkar apabila Penduduk Desa Kencah mandailing natal sumatera utara gegar dengan penemuan mayat seorang wanita yang dikenali sebagai Risma dengan orang dalaman badan hampir keseluruhan hilang.

Tidak jauh dari situ,mayat adik lelakinya yang berusia 16 tahun pula ditemukan berbalut pelatik.

Manakala mayat bayi tanpa mata yang dipercayai di cungkil ditemukan beberapa meter dari mayat ibunya.lebih mengerikan apabila lidah bayi malang itu turut hilang.

Pihak polis yang menjalankan siasatan menahan suami mangsa dan juga dua lagi lelaki yang merupakan adik kandung suami mangsa.

Ketiganya ditahan kerana menunjukkan perilaku tidak normal,ditambah dengan kesaksian orang kampung.

Bagaimanapun ketiga suspek mengaku mendengar bisikan gaib yang menyuruh untuk membunuh isteri,adik ipar dan juga bayi mereka bagi mendalami ilmu sesat yang mereka pelajari sejak beberapa bulan lalu.

Dimaklumkan organ dalaman mangsa yang hilang sehingga kini masih belum ditemukan,beberapa dugaan timbul yang mengatakan organ hilang itu telah dimakan oleh suspek.

Ketua polis AKBP Irsan Sinuhaji SIK memaklumkan kepada pemberirta Senin (4/6/2018) mangsa dan ketiga suspek ada hubungan keluarga. Kejadiannya pun berawal ketika mereka hendak menuju hutan bagi menghindari datangnya bencana besar seperti hari kiamat, sehingga mereka ingin menyelamatkan diri.