Tiada Recod Sakit Mental, Rambo Di Suruh Bunuh 3 Beradik

3758 views

Tiada Recod Sakit Mental, Rambo Di Suruh Bunuh 3 Beradik|Suspek yang menetak mati tiga kanak-kanak dan mencederakan empat mangsa lain di Kampung Sungai Haji Muhamad, Bagan Datuk, hari ini dilaporkan tidak mempunyai rekod sakit mental.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, lelaki berusia 37 tahun yang di panggil dengan nama Rambo itu bagaimanapun dipercayai berhalusinasi dan mendengar bisikan halus menyuruhnya melakukan kekejaman itu

“Polis berjaya menahan lelaki terbabit berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhamad selepas suspek melepaskan parang panjang yang dipegangnya.

“Semakan awal mendapati suspek yang juga rakan sekerja kepada bapa tiga kanak-kanak yang dibunuh dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta tiada rekod rawatan sakit mental,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahya berkata, pihaknya bagaimanapun akan terus melanjutkan siasatan lanjut termasuk menjalankan ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada suspek positif dadah atau sebaliknya.

“Motif pembunuhan juga masih dalam siasatan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tags: #Rambo Di Suruh Bunuh 3 Beradik #Tiada Recod Sakit Mental