Tetak Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri

1381 views

tetak suami

Tetak Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri|Lelaki bertindak menetak isteri sehingga mati sebelum menggantung dirinya dalam kejadian di Taman Mesra Indah, Butterworth di sini, pada 4.45 petang ini.

Dalam kejadian itu, wanita warga Thailand dianggarkan lingkungan 30-an maut ditetak suaminya warga tempatan di hadapan pintu rumah mereka disini.

Difahamkan, mangsa ditetak beberapa kali di kepala dan badan oleh lelaki berkenaan sebelum mayatnya dibiarkan terlentang di atas penutup longkang.

Sumber berkata, suami mangsa masuk ke dalam rumah dan megunci pintu dari dalam dan membuka gas masak rumahnya.

Katanya, polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian memecahkan pintu rumah sebelum menemui suspek yang sudah mati tergantung di kipas bilik tidur utama rumah.

Pihak bomba juga dipanggil ke lokasi kejadian bagi memastikan keadaan terkawal.

12651030_449542075239734_4028717545617183939_n

12642559_449542041906404_6323538311831114381_n

BACA LAGI

1.Maut Disembelih Ketika Melaungkan Azan Subuh

2.Pelajar Wanita IPTS bunuh diri selepas di rogol

 

Tags: #Tetak Isteri Sampai Mati #Tetak Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri