Terisak isak baca yasin disisi jenazah ayah

2202 views

Terisak isak baca yasin disisi jenazah ayah|Seorang kanak kanak Muhammad Haiqal Farhan tidak dapat menahan sebak ketika membaca yasin diatas land rover polis untuk arwah ayahnya yang maut terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi semalam di Jln Sebangkoi,Sarekei Sarawak.

Dimaklumkan Haiqal Farhan adalah orang yang paling rapat dengan arwah ayah, Haiqal Farhan yang juga memiliki minat sukan badminton selalu mendapat sokongan dari arwah ayahnya untuk mewakili negeri serawak kelak.
Dalam kejadian yang berlaku pagi semalam,mangsa Karim Sabli 44 yang juga merupakan seorang cikgu meninggal ditempat kejadian apabila kereta jenis Toyota Wish yang dipandunya bertembung dengan sebuah trak yang datang dari arah Sarikei.
Akibat perlanggaran itu kereta mangsa remuk dan arwah terhumban ke tepi jalan. Mangsa dilaporkan meninggal di tempat kejadian

Turut berada dalam kendeaan itu adalah dua orang wanita yang dilaporkan turut cedera,bagaimanapun mayat mangsa kini bearada di hospital Sarikei untuk siasatan lanjut.

Tags: #anak baca yasin untuk ayah #cikgu kemalangan #terisak baca yasin untuk arwah ayah #Terisak isak baca yasin disisi jenazah ayah