Tercampak sebelum di gilis beberapa kenderaan

12062 views

Tercampak sebelum di gilis beberapa kenderaan|Satu kemalangan telah berlaku di Kilometer 26.9 dari Kulai menghala ke Senai mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut mengenaskan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan trafik bergerak perlahan.Kejadian tersebut juga disahkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Mangsa dikenali sebagai Moh Halmi Bin Haroon 53 tahun beralamat jalan bunga pekan 83000 batu pahat johor yang juga merupakan seorang kontraktor.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, kejadian 9.30 pagi itu mengakibatkan mangsa,maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang BMW S1000RR hilang kawalan dan gagal mengelak kereta yang bergerak di lorong sebelah kanan jalan menghala ke Johor Bahru.

“Mangsa melanggar tepat bahagian belakang kereta dan tercampak ke lorong sebelah kiri jalan,” katanya.

Mangsa kemudiannya dipercayai digilis oleh beberapa kenderaan tidak diketahui yang melalui jalan itu menyebabkan mayat mangsa hancur.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulai,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih dalam siasatan polis.

Tags: #Tercampak sebelum di gilis beberapa kenderaan