Tembak kepala isteri kerana lambat hidang makanan

1289 views

Tembak kepala isteri kerana lambat hidang makanan|Seorang lelaki ditangkap kerana menembak isterinya gara-gara mengambil masa yang lama untuk menghidangkan makan malam.

Ashok Kumar pulang ke rumah pada malam Sabtu (8 Jul) dan bertengkar dengan isterinya, seorang pegawai polis kanan India, Rupesh Singh memberitahu BBC.

Isterinya, Sunaina,dikejarkan ke sebuah hospital disebabkan cedera pada bahagian kepala. Namun, setibanya di hospital wanita itu disahkan meninggal dunia.

Kumar, mengaku bersalah dan kini menyesali perbuatannya, kata Encik Singh.

“Lelaki itu (Kumar) minum arak setiap hari. Pada Sabtu lalu, dia pulang dalam keadaan mabuk dan mula bergaduh dengan isterinya. Wanita itu begitu kecewa dengan tabiat suaminya yang gemar meminum arak dan mahu berbincang. Namun Kumar mengarahkan agar makan malam dihidangkan segera,” kata Encik Singh.

“Dia kemudian naik berang kerana makanan mengambil masa yang lama untuk dihidangkan lalu menembak isterinya,” tambah Encik Singh seperti yang ditukil BBC.

Tags: #Tembak kepala isteri kerana lambat hidang makanan