Teleskop Rakam Bintang ‘Senyum’ Pada Bumi

389 views

sentPengendali teleskop angkasa lepas Hubble mengumumkan bahawa mereka berjaya mencerap satu kumpulan bintang atau buruj baru yang membentuk mimik senyuman di angkasa.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat, National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengesahkan penemuan tersebut, yang pada mulanya dikesan oleh seorang pencerap amatur, lapor portal Rusia, rt.com.

Menurut Hubble, dua galaksi membentuk mata manakala lengkungan wajah dan senyuman itu pula terbentuk akibat “graviti kuat” yang memberi kesan kepada bentuk sinaran berkenaan.

“Kumpulan galaksi itu merupakan struktur paling besar di alam ini dan menghasilkan tarikan graviti kuat sehingga mengherotkan ruang-masa di sekeliling mereka dan bertindak sebagai lensa kosmik yang boleh membesarkan, mengherot dan melengkungkan cahaya di belakang mereka,” kata Hubble di laman rasminya.

Ia digelar sebagai “Gelang Einstein”, merujuk kepada teori relativiti yang dipelopori oleh ahli fizik dan falsafah sains, Albert Einstein.

Imej tersebut dicerap oleh Judy Smith melalui satu sayembara memproses imej daripada pengkalan data Hubble, yang kini didedahkan kepada umum.

Hubble memuatkan imej cerapannya di laman spacetelescope.org untuk tatapan umum, termasuk 100 imej yang paling menakjubkan.

loading...