Telegram Membawakan Sokongan Nama Pengguna Pada Aplikasi Android Dan iOS

411 views

Telegram MessengerTelegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang dilihat berfungsi sebagai alternatif untuk WhatsApp dan hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan. Terkini, hari ini mereka menawarkan kemaskini untuk versi Android dan iOS yang membawakan beberapa fungsi baru.

Salah satu perkara baru yang disertakan adalah sokongan nama pengguna, dimana melalui halaman tetapan, anda boleh menetapkan nama pengguna, sekaligus membolehkan pengguna Telegram lain menggunakan nama pengguna anda untuk mencari atau menghubungi anda. Dengan ini, anda tidak lagi perlu memberikan nombor telefon anda kepada pengguna lain, selain memudahkan anda untuk mencari kenalan baru.

Disamping itu, pihak Telegram turut menyertakan fungsi mesej yang boleh dipadam sendiri – lebih kurang menyerupai Snapchat. Menggunakannya, pengguna boleh menghantar gambar atau video dengan tempoh masa yang mana ia akan dipadam apabila pengguna membuka.

Bagi pengguna iOS dan Android, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru yang disertakan ini.

Muat-Turun Telegram Messenger untuk Android
Muat-Turun Telegram Messenger untuk iOS

Tags: #Android #Aplikasi #Membawakan #Nama #Pada #Pengguna #Sokongan #Telegram