“Tayang Baby Bump” Stacy Digelar Adik Coco Mix

1276 views


Tayang Baby Bump,Stacy Digelar Adik Coco Mix|Niat Akim Ahmad memuatnaik gambar bersama isteri tercinta, Stacy Anam hanyalah untuk berkongsi kegembiraan meluangkan masa bersama keluarga, namun tindakannya itu bagaimanapun mendapat punca perbalahan natizen,hingga  Stacy digelar adik coco mix
“Saya tidak menyangka pula gambar untuk mengucapkan tahun baharu dan penghargaan kepada peminat menjadi tempat bergaduh. Tujuan utama ia dimuat naik kerana saya ingin menyambut 2017 dengan tangan terbuka dan aura positif”

“Malah, saya juga jarang memuat naik gambar bersama keluarga, namun begini pula jadinya. Peminat bertelingkah mengenai baju yang dipakai Stacy kerana menampakkan bentuk tubuh. Sebenarnya baju itu selesa digayakan oleh ibu yang sarat mengandung sepertinya,” jelas penyanyi tersebut kepada BH Online.

Tambah Akim lagi, berikutan perkara itu mengundang rasa tidak senang hati dan perbalahan, dia telah pun memadam gambar tersebut demi kebaikan bersama.

 

Tags: #baby bump #coco mix #Gambar #Stacy #Tunjuk