Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Pada Awal Januari 2017

829 views

Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Pada Awal Januari 2017|Permohonan CUEPACS yang meminta kerajaan memberi bonus sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan atau penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2017 (Belanjawan Malaysia) tidak diluluskan.

Bagaimanapun, bagi meringankan bebanan kos sara hidup, kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.

Manakala pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250 .

TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM PADA AWAL JANUARI 2017

Pemberian khas itu juga dianggap sebagai ‘bonus’, memandangkan ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan stress dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah pada awal tahun.

Sementara, dalam pembentangan Bajet 2017, kerajaan turut mengumumkan beberapa inisiatif kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan iaitu seperti berikut .

Intipati Bajet 2017 Inisiatif Kepada Penjawat Awam.

– Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa juga diberi kepada kumpulan pelaksana.

– Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.

– Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun.

– Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000

-Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750,000

-Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000

– Pegawai ‘contract of service & contract for service’ yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi

-Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar

-Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016

-Hampir 2,600 doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak .

Tarikh Bayaran Bonus (Bayaran Khas) Kakitangan Awam 2017
Penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima pemberian khas sebanyak RM500 dan RM250 pada hari Selasa, 3 Januari 2017.

Maklumat lanjut dan lengkap boleh di dapati dengan membaca pekeliling yang telah dikeluarkan menerusi judul pautan sumber sebagai berikut:Surat Pekeliling Perkhidmatan Pembayaran Khas Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

Tags: #2017 #bonus #Januari #Kakitangan #Kerajaan #pambayaran #tarikh

Author: 
author