Tanda Dan Tip Untuk Pesakit Buasir

832 views

Buasir adalah penyakit di bahagian dubur.  Pendarahan adalah gejala utama buasir dan kebanyakan penghidapnya mengalami pendarahan ketika membuang air besar.

Terdapat 2 jenis buasir :

Buasir  Dalam – bengkak pada bahagian dalam

Buasir Luar – bengkak terlujur keluar daripada saluran dubur.

Foto : Fruit by PinkFireFly

Foto : Fruit
by PinkFireFly

Antara tanda-tanda buasir adalah seperti berikut :

  1. Rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur
  2. Luka pada saluran dubur disebabkan nanah
  3. Rasa kepanasan selepas membuang air besar
  4. Rasa sakit bedenyut
  5. Tidak selesa dibahagian dubur ketika berdiri
  6. Darah segar menitis ketika membuang air besar
  7. Rasa pedig sekitar rectum
  8. Sukar membuang air besar
  9. Nanah dikawasan dubur disebabkan jangkitan bacteria

Terdapat beberapa tip boleh diamalkan oleh pesakit yang mengalami masalah buasir. Antaranya :

  1. Minum banyak air sekurangnya 8-10 gelas sehari
  2. Elakkan minuman berkafien seperti kopi dan teh
  3. Jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman karbohidrat
  4. Jangan makan makanan yang terlalu pedas
  5. Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  6. Makan makanan yang bersih dan yang baru dimasak untuk mengelakkan keracunan yang boleh menyebabkan buasir bertambah teruk
  7. Kurangkan pengambilan makanan segera
  8. Sentiasa bersenam seperti berjalan kaki dan berenang
  9. Jangan meneran ketika membuang najis. Disyorkan menggunakan tandas duduk untuk mengurangkan tekanan kepada buasir
  10. Hentikan tabiat merokok dan minuman beralkohol

Semoga tip ini bermanfaat dan dapat membantu anda. Sumber – Majalah ANIS Bil 190

Tags: #buasir #tanda sakit buasir #tip kesihatan #tip merawat buasir #tip rawat penyakit buasir #tip untuk pesakit buasir