Tali Gantung Menanti

3696 views

Tali Gantung Menanti|Penuntut  Kolej Vokasional Port Dickson dihadapkan di Mahkamah Majistret di Port Dickson hari ini, atas tuduhan membunuh bekas teman wanitanya, bulan lalu.

Ahmad Faisal Omar, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Faisal didakwa membunuh Nuraliya Damia Mohd Hairi, 19, di Taman PD Permata Lukut, Port Dickson.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam, pada 24 Mei lalu.

Ahmad Faisal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori.

Media sebelum ini melaporkan mayat Nuraliya Damia yang juga penuntut Diploma Rangkaian Komputer KVPD itu ditemui di Taman PD Permata.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, di Klang, jam 6.50 petang, pada 25 Mei lalu.

Tags: #Tali Gantung Menanti